Saya ni memang peminat tegar air soya dan taufufah...
pantang nampak, mesti beli... tu yang gagah nak belajar buat sendiri jugak
tu... dan memang sangat senang... xguna effort banyak pon tapi hasilnya sangat
memberangsangkan... xrugi cuba... semalam
dah post cara untuk buat air soya so today nak pos cara buat taufufah pulak....
Bahan-bahan :
1. 150g kacang soya
2. 1 liter air paip
3. Sehelai daun pandan
4. 1 pek kecil creamer
5. 1/2 sudu kecil garam
(yang ni bahan untuk air soya)
add bahan ni untuk buat taufufah :
1. 1 sudu kecil glucano delta lactone (gdl)/ serbuk sekko/ gypsium
powder
Saya guna gdl... info pasal gdl ni ada dalam posting
lepas... klik sini glucano-delta-lactone-gdl...
2. 1 ½ sudu besar tepung jagung
3. Air gula ( ikut suka nak gula putih or merah)
Cara-cara :
1 1. Untuk buat taufufah... firstly kena hasilkan
dulu air soya... klik sini cara buat air soya resepi-homemade-air-soya.... cuma tak payah tambah gula dalam air soya, nanti manis melecas pulah taufufah hampa... air gula buat asing, buh waktu nak makan...
2. Sambil tunggu air soya tu masak mix 1 sudu kecil
gdl dan 1 ½ sudu besar tepung jagung dengan setengah cawan air suam...
3 3. Tuang mixture gdl dan tepung jagung tadi kedalam
bekas kedap udara termos panas atau tuperware...
4 4. Selepas air soya yang dimasak mendidih, dengan
pantas tuang dalam bekas termos tadi, tarik tinggi2 macam teh tarik... lepas
dah habis tuang semua, cepat2 tutup bekas tu dan jangan dok gatai pi bukak...
tunggu dalam sejam lebih baru bukak.. proses ni paling kritikal dan penting
untuk menentukan samada taufufah anda mengeras atau tak.... untuk gdl
bertindak, ia memerlukan haba sebab tu elok buh dalam termos... kalau kita pi
pasar malam pon kita boleh tengok taukei taufufah dok cedok dalam termos besar
tu kan... ni la rahsianya...
5 5. Bila dah set, bolehla cedok dengan senduk dan
serve dengan gula hitam or merah....
Selamat mencuba dan semoga berjaya menghasilkan taufufah
sendiri....=)
No comments:
Post a Comment