Pages

Monday 4 August 2014

Glucano Delta Lactone (gdl)

Semenjak bulan puasa haritu, tengah dok pulon buat homemade soya dan taufu fah… almaklumlah, bulan2 posa  memang ramai yang jual air soya dan taufu fah ni tapi mostly cair dan kurang sedap… yelakan org nak buat beniaga… nak cut cost dan untung lebih jadi depa tambahlah air banyak2… yang buat sendiri ni pon sebab teringin nak makan air soya pekat2...guess what!!! memang berbaloi buat sendiri... lebih pekat dan murah ja modal dia... saya buat untuk sekali makan sekeluarga dapatla satu jug besar dalam 4 L guna 200g soya...1 kg soya baru rm2.60.... boleh dapat air soya yang pekat dari yang biasa kita beli... nak pekat or cair depends on kuantiti air yang kita letak... nak pekat letak sikit air nak banyak tambah air tapi cairla... so terpulang pada citarasa masing-masing... saya guna nisbah 1 soya dan 2 air... means kalau guna 1kg soya letak 2liter air... resepi untuk air soya dan taufufah nanti saya letak cause sekarang saya nak cerita pasal glucano delta lactone iaitu salah satu bahan yang digunakan untuk membuat taufufah...

Masa cari resepi untuk buat taufu fah tu antara bahan-bahan yang diperlukan adalah glucano delta lactone atau shortform dia gdl. Bahan ni sebagai agen pengeras taufufah tu... selama ni dok igat pakai agar-agar ja... selain gdl ni benda lain yang boleh guna ialah serbuk sekko or nama lain dia gypsum powder... serbuk ni katanya boleh jumpa kat kedai ubat cina... tapi haritu saya pi tanya taukei kedai tu cakap depa tak juai serbuk tu... kiranya bukan semua kedai ubat cina jual serbuk ni la... cakap ja nak serbuk buat taufufah... melalui pembacaan, serbuk sekko ni sebenarnya merupakan bahan untuk membancuh simen pada tulang yang patah... tapi jangan risau, ianya selamat dimakan sebab ia merupakan sejenis mineral dan halal dimakan.... pastu, saya pi kedai kek tanya ada jual tak serbuk untuk buat taufufah... boss kedai tu cakap ada dan kata namanya glucano... patotla saya cari tak jumpa sebab saya cari gdl... tak tau pulak nama penuh dia glucano delta lactone... dalam resepi di blog tulis gdl ja...



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai gdl klik sini Glucono delta-lactone dan sini Glucono-Delta-Lactone-GDL

Ni pulak mengenai serbuk sekko or gypsum powder. Klik sini Gypsum

Benda ni perlukan sedikit ja tau.. pakai sudu teh ja... kalau buh banyak nanti ada rasa pahit2... Just to share, moga bermanfaat....=)

3 comments:

  1. Di mana nk cari GDL tu ya, sy duduk JB. Nak beli sikit sj😁

    ReplyDelete
  2. Ok, sy baru baca article sepenuhnya. Nti cari kat kedai cake. TQ SO MUCH 4 SHARING. SANGAT2 BERMANFAAT👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Kalau la tak guna GDL, agak2 jadi tak ye taufu fah kita?

    ReplyDelete