Pages

Tuesday, 12 August 2014

Penang Bridge


Just enjoy the pictures... gambar ni diambil oleh adik saya kat bawah jambatan pulau pinang on the island side... banyak bot kepunyaan nelayan dipakir kat sini...  kadang-kadang ada orang tangkap anak udang tok dibuat mancing.... banyak kot dapat... kalau nak goreng pon boleh... ramai juga family datang beriadah disini petang-petang.... tempat ni juga menjadi hotspot bagi para photographer untuk ambil gambar... tenang dan cantik pemandangan kat sini.. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi....=)




Akhir kata, 
Terlajak perahu masih boleh diundur....
Terlajak kata buruk padahnya....



Saturday, 9 August 2014

Al-Anbiya' ; Ayat 79


Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada mereka (Sulaiman dan Daud) masing-masing telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung, semuanya bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya.
(Al-Anbiya' ; Ayat 79)

Friday, 8 August 2014

Al-Baqarah ; Ayat 255


Allah, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikenhendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Al-Baqarah ; Ayat 255)

Ayat ini merupakan Ayat Kursi dan amat banyak kelebihannya...  Elok sekiranya dihafal dan diamalkan... Baca ayat kursi sebelum tidur dan ulang ayat terakhir 7 kali... Insyaallah, akan terhindar daripada syaitan dan dijaga malaikat... elok diamalkan selepas solat fardu dan sebelum keluar rumah sebagai pendinding diri... Insyaallah...=) 

Thursday, 7 August 2014

Al-Anbiyaa' ; Ayat 30


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Al-Anbiyaa' ; Ayat 30)

Ayat ini mengesahkan teori big bang yang dibuat oleh saintis barat, sedangkan Al-Quran telah menceritakannya terlebih dahulu sebelum kewujudan teknologi canggih yang dapat meneroka angkasa lepas... 

Ayat ini juga elok diamalkan sebagai doa untuk pemecah dan kesuburan.... (credit to Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Ruqyah Asas Pengubatan Islam)

Wednesday, 6 August 2014

Resepi homemade taufufah

Saya ni memang peminat tegar air soya dan taufufah... pantang nampak, mesti beli... tu yang gagah nak belajar buat sendiri jugak tu... dan memang sangat senang... xguna effort banyak pon tapi hasilnya sangat memberangsangkan... xrugi cuba...  semalam dah post cara untuk buat air soya so today nak pos cara buat taufufah pulak....

Bahan-bahan :
1. 150g kacang soya
2. 1 liter air paip
3. Sehelai daun pandan
4. 1 pek kecil creamer
5. 1/2 sudu kecil garam
(yang ni bahan untuk air soya)

add bahan ni untuk buat taufufah :
1. 1 sudu kecil glucano delta lactone (gdl)/ serbuk sekko/ gypsium powder
Saya guna gdl... info pasal gdl ni ada dalam posting lepas... klik sini glucano-delta-lactone-gdl...
2. 1 ½ sudu besar tepung jagung
3. Air gula ( ikut suka nak gula putih or merah)

Cara-cara :
1    1. Untuk buat taufufah... firstly kena hasilkan dulu air soya... klik sini cara buat air soya resepi-homemade-air-soya.... cuma tak payah tambah gula dalam air soya, nanti manis melecas pulah taufufah hampa... air gula buat asing, buh waktu nak makan...
      2. Sambil tunggu air soya tu masak mix 1 sudu kecil gdl dan 1 ½ sudu besar tepung jagung dengan setengah cawan air suam...
3    3. Tuang mixture gdl dan tepung jagung tadi kedalam bekas kedap udara termos panas atau tuperware...
4    4. Selepas air soya yang dimasak mendidih, dengan pantas tuang dalam bekas termos tadi, tarik tinggi2 macam teh tarik... lepas dah habis tuang semua, cepat2 tutup bekas tu dan jangan dok gatai pi bukak... tunggu dalam sejam lebih baru bukak.. proses ni paling kritikal dan penting untuk menentukan samada taufufah anda mengeras atau tak.... untuk gdl bertindak, ia memerlukan haba sebab tu elok buh dalam termos... kalau kita pi pasar malam pon kita boleh tengok taukei taufufah dok cedok dalam termos besar tu kan... ni la rahsianya...
5    5. Bila dah set, bolehla cedok dengan senduk dan serve dengan gula hitam or merah....


Selamat mencuba dan semoga berjaya menghasilkan taufufah sendiri....=) 

Tuesday, 5 August 2014

Resepi Homemade Air Soya

As promised resepi air soya… Senang ja… as simple as abc…. Macam buat jus buah cuma add extra step, kena masak bagi hilang mentah soya...

Bahan-bahan :
1. Kacang soya
2. Air paip
3. Gula secukup rasa
4. Sehelai daun pandan
5. 1 pek kecil creamer
6. 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
1. Rendam kacang soya selama 4-6 jam... jangan rendam semalaman nanti soya akan berbuih, berlendir and berbau means ada bacteria reaction... kalau nak rendam semalaman jugak kena rajin tukar air rendaman...
2. After that, tapis soya tu dan blend dengan air... guna air paip ja cause nanti kita kena masak jugak.... macam yang saya cerita sebelum ni guna nisbah 1 soya dan 2 air... klik sini glucano-delta-lactone-gdl ...
3. Next, perah air soya tu... boleh guna kain kasa... saya guna penapis teh tarik tu ja... senang... hampas soya tu saya tambah air, blend dan perah sekali lagi... putih melepak dan bau mentah...
4. Kemudian masak perahan soya tadi, add sehelai daun pandan dicarik, gula secukup rasa dan sedikit garam lebih kurang setengah sudu teh untuk bagi umph sikit... rasa lebih lemak2 camtu.. gula saya buh siap2 senang... ikot suka minat gula putih or hitam... yang creamer tu optional, nak buh boleh, xboh pon xpa... nak bagi more creamy... saya buh 1 pek kecil creamer coffee mate...
5. Masak sampai mendidih.. jangan lupa kacau sekali-sekala... bila masak soya ni akn tukar kaler kekuningan sikit dan hilang bau dan rasa mentah... bila dah mendidih bolehla tutup api and serve hot or cold... 

Selamat mencuba...=)

Hampas soya tu jangan buang... boleh buat baja kompos or masker... tak buang sesen pon...

Monday, 4 August 2014

Glucano Delta Lactone (gdl)

Semenjak bulan puasa haritu, tengah dok pulon buat homemade soya dan taufu fah… almaklumlah, bulan2 posa  memang ramai yang jual air soya dan taufu fah ni tapi mostly cair dan kurang sedap… yelakan org nak buat beniaga… nak cut cost dan untung lebih jadi depa tambahlah air banyak2… yang buat sendiri ni pon sebab teringin nak makan air soya pekat2...guess what!!! memang berbaloi buat sendiri... lebih pekat dan murah ja modal dia... saya buat untuk sekali makan sekeluarga dapatla satu jug besar dalam 4 L guna 200g soya...1 kg soya baru rm2.60.... boleh dapat air soya yang pekat dari yang biasa kita beli... nak pekat or cair depends on kuantiti air yang kita letak... nak pekat letak sikit air nak banyak tambah air tapi cairla... so terpulang pada citarasa masing-masing... saya guna nisbah 1 soya dan 2 air... means kalau guna 1kg soya letak 2liter air... resepi untuk air soya dan taufufah nanti saya letak cause sekarang saya nak cerita pasal glucano delta lactone iaitu salah satu bahan yang digunakan untuk membuat taufufah...

Masa cari resepi untuk buat taufu fah tu antara bahan-bahan yang diperlukan adalah glucano delta lactone atau shortform dia gdl. Bahan ni sebagai agen pengeras taufufah tu... selama ni dok igat pakai agar-agar ja... selain gdl ni benda lain yang boleh guna ialah serbuk sekko or nama lain dia gypsum powder... serbuk ni katanya boleh jumpa kat kedai ubat cina... tapi haritu saya pi tanya taukei kedai tu cakap depa tak juai serbuk tu... kiranya bukan semua kedai ubat cina jual serbuk ni la... cakap ja nak serbuk buat taufufah... melalui pembacaan, serbuk sekko ni sebenarnya merupakan bahan untuk membancuh simen pada tulang yang patah... tapi jangan risau, ianya selamat dimakan sebab ia merupakan sejenis mineral dan halal dimakan.... pastu, saya pi kedai kek tanya ada jual tak serbuk untuk buat taufufah... boss kedai tu cakap ada dan kata namanya glucano... patotla saya cari tak jumpa sebab saya cari gdl... tak tau pulak nama penuh dia glucano delta lactone... dalam resepi di blog tulis gdl ja...



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai gdl klik sini Glucono delta-lactone dan sini Glucono-Delta-Lactone-GDL

Ni pulak mengenai serbuk sekko or gypsum powder. Klik sini Gypsum

Benda ni perlukan sedikit ja tau.. pakai sudu teh ja... kalau buh banyak nanti ada rasa pahit2... Just to share, moga bermanfaat....=)