Pages

Sunday 12 January 2014

Gambar semaian benih sayur selepas 2 minggu


Alhamdulillah, benih-benih sayur yang disemai dua minggu lepas dah besar sikit. Antaranya pokok bendi baka buah lebat, kailan op, lobak putih kampung dan sawi menang. Semua benih ni dibeli secara online dari En. Iskandar empunya blog tanamsendiri.com. 

\

Macam nilah rupanya anak pokok bendi. Daunnya lebar dan berbulu tajam kecil. Memang serangga perosak tak berani nak kacau, nak mai dekat pon tak mau. Bendi ni baka buah lebat. Harap-harap lebatla buahnya nanti. Nampak tak sabut kelapa yang ada kat sekeliling pokok tu. Tujuannya adalah untuk memastikan tanah sentiasa lembap, tak direct kena cahaya matahari, so kandungan air dalam tanah tak hilang dan dapat dikekalkan. Kaedah ini dipanggil sungkupan. Selain sabut kelapa, daun kering, ranting pokok dan sisa rumput juga boleh dijadikan bahan sungkup. Sungkupan ini juga menghalang rumput dari naik. Bagus kan, rumput tak naik, tanah pon lembap...
  

Yang atas ni pulak anak pokok kailan. Comelkan, daunnya berbentuk love. Sayur kailan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Selalunya buat kailan masak ikan masin, alacarte dengan siakap tiga rasa, telur dadar dan tomyam. Memang kombinasi yang gedebam gedebum mengancam. Taruk dalam nasi goreng pon sodap nih. Sayur ni baka op iaitu open pollinated atau pendebungaan terbuka. Kiranya kailan ni terhasil secara pendebungaan semulajadi tanpa melalui proses hibrid atau kacukan. Selama ni, ingatkan ada satu jenis ja sayur setiap spesies padahai setiap satu spesies sayur tu ada macam-macam jenis. Tengok blog tanamsendiri baru tau. Macam-macam jenis sayur ada. 


Tadaa.... cuba teka ni anak pokok apa? Nilah, anak pokok lobak putih kampung. Sayur lobak putih dan kailan semasa baby mempunyai bentuk daun yang hampir sama iaitu berbentuk love. Perbezaan boleh dilihat dari daun dan batangnya berdasarkan kepekatan warna. Daun kailan mempunyai daun yang berwarna hijau tua manakala daun lobak putih berwarna hijau muda. Selain itu, batang kailan mempunyai warna coklat keungguan yang lebih pekat berbanding lobak putih.


Sawi menang tumbuh paling lambat, hampir seminggu. Bentuknya juga sama dengan kailan dan lobak putih tetapi saiznya sangat kecil, padanlah dengan saiz biji benihnya yang memang kecil sebesar scrubs granules. Batang dan daunnya kontot. Comel sangat tapi time nak pindah yang tak tahan tu, nak pegang pon susah. Need to pay more attention and extra careful. Hope all my babies membesar dengan kuat dan sihat walafiat.. AMIN....=)



Tarikh semaian benih

DISEMBER 2013
-tomato tesco
-bendi buah lebat
-kailan
-sawi
-terung panjang
-lobak putih
-kacang tanah peti
-pudina applemint tesco

JANUARI 2014
-matahari kuaci
-terung ulam
-selasih peti
-bendi buah lebat
-telang

menjadi
-bendi-rendam dlm air suam 4jam, kembang, cepat
-tomato-benih dikeringkan utk buang selaput, cepat
-lobak putih-cepat
-kailan- cepat
-sawi menang-lambat
-terung-lambat
-cili-lambat

ps :
cepat-kurang seminggu @ 3ari
lambat-lebih dari seminggu dua

tidak menjadi
-petola segi-tumbuh akar then cotyledon dimakan insect kecil, lama nak tumbuh
-buncis-benih lembik n hancur coz banyak air
-daun sup-benih amek masa lama nak tumbuh then sebelum sempat tumbuh kena makan insect kecil
-kacang tanah- benih yg beli tumbuh, benih dalam peti berkulat dan lembik

medium semai
-tanah cap wawasan-sangat ringan, berudara, terdiri dari sabut
-tanah lain or tanah campur tak tumbuh coz berat, benih tak larat nak tolak