Pages
Friday, 5 September 2014
Thursday, 4 September 2014
Arjuna Beta
Saya sangat minat lagu-lagu yang ditulis dan dinyanyikan oleh Fynn Jamal. Suaranya sangat jelas dan tulus deep in her heart. Lirik lagunya pula sangat puitis dan bermakna, mendayu-dayu, terbuai-buai dengar. Kalau baca lirik lagu tanpa menyanyi memang rasa macam baca prosa tradisional masa zaman sekolah dulu. hehe.. Sungguh mendalam makna disetiap bait-bait ayat yang ditulis. Ada maksud tersirat yang dapat dijadikan pelajaran dalam kehidupan. Jom layan Arjuna Beta.
Arjuna Beta – Fynn Jamal
Saya sangat minat lagu-lagu yang ditulis dan dinyanyikan oleh Fynn Jamal. Suaranya sangat jelas dan tulus deep in her heart. Lirik lagunya pula sangat puitis dan bermakna, mendayu-dayu, terbuai-buai dengar. Kalau baca lirik lagu tanpa menyanyi memang rasa macam baca prosa tradisional masa zaman sekolah dulu. hehe.. Sungguh mendalam makna disetiap bait-bait ayat yang ditulis. Ada maksud tersirat yang dapat dijadikan pelajaran dalam kehidupan. Jom layan Arjuna Beta.
Arjuna Beta – Fynn Jamal
Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Wednesday, 13 August 2014
Tuesday, 12 August 2014
Penang Bridge
Just enjoy the pictures... gambar ni diambil oleh adik saya kat bawah jambatan pulau pinang on the island side... banyak bot kepunyaan nelayan dipakir kat sini... kadang-kadang ada orang tangkap anak udang tok dibuat mancing.... banyak kot dapat... kalau nak goreng pon boleh... ramai juga family datang beriadah disini petang-petang.... tempat ni juga menjadi hotspot bagi para photographer untuk ambil gambar... tenang dan cantik pemandangan kat sini.. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi....=)
Akhir kata,
Terlajak perahu masih boleh diundur....
Terlajak kata buruk padahnya....
Saturday, 9 August 2014
Al-Anbiya' ; Ayat 79
Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada mereka (Sulaiman dan Daud) masing-masing telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung, semuanya bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya.
(Al-Anbiya' ; Ayat 79)
Friday, 8 August 2014
Al-Baqarah ; Ayat 255
Allah, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikenhendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Al-Baqarah ; Ayat 255)
Ayat ini merupakan Ayat Kursi dan amat banyak kelebihannya... Elok sekiranya dihafal dan diamalkan... Baca ayat kursi sebelum tidur dan ulang ayat terakhir 7 kali... Insyaallah, akan terhindar daripada syaitan dan dijaga malaikat... elok diamalkan selepas solat fardu dan sebelum keluar rumah sebagai pendinding diri... Insyaallah...=)
Thursday, 7 August 2014
Al-Anbiyaa' ; Ayat 30
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Al-Anbiyaa' ; Ayat 30)
Ayat ini mengesahkan teori big bang yang dibuat oleh saintis barat, sedangkan Al-Quran telah menceritakannya terlebih dahulu sebelum kewujudan teknologi canggih yang dapat meneroka angkasa lepas...
Ayat ini juga elok diamalkan sebagai doa untuk pemecah dan kesuburan.... (credit to Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Ruqyah Asas Pengubatan Islam)
Wednesday, 6 August 2014
Resepi homemade taufufah
Saya ni memang peminat tegar air soya dan taufufah...
pantang nampak, mesti beli... tu yang gagah nak belajar buat sendiri jugak
tu... dan memang sangat senang... xguna effort banyak pon tapi hasilnya sangat
memberangsangkan... xrugi cuba... semalam
dah post cara untuk buat air soya so today nak pos cara buat taufufah pulak....
Bahan-bahan :
1. 150g kacang soya
2. 1 liter air paip
3. Sehelai daun pandan
4. 1 pek kecil creamer
5. 1/2 sudu kecil garam
(yang ni bahan untuk air soya)
add bahan ni untuk buat taufufah :
1. 1 sudu kecil glucano delta lactone (gdl)/ serbuk sekko/ gypsium
powder
Saya guna gdl... info pasal gdl ni ada dalam posting
lepas... klik sini glucano-delta-lactone-gdl...
2. 1 ½ sudu besar tepung jagung
3. Air gula ( ikut suka nak gula putih or merah)
Cara-cara :
1 1. Untuk buat taufufah... firstly kena hasilkan
dulu air soya... klik sini cara buat air soya resepi-homemade-air-soya.... cuma tak payah tambah gula dalam air soya, nanti manis melecas pulah taufufah hampa... air gula buat asing, buh waktu nak makan...
2. Sambil tunggu air soya tu masak mix 1 sudu kecil
gdl dan 1 ½ sudu besar tepung jagung dengan setengah cawan air suam...
3 3. Tuang mixture gdl dan tepung jagung tadi kedalam
bekas kedap udara termos panas atau tuperware...
4 4. Selepas air soya yang dimasak mendidih, dengan
pantas tuang dalam bekas termos tadi, tarik tinggi2 macam teh tarik... lepas
dah habis tuang semua, cepat2 tutup bekas tu dan jangan dok gatai pi bukak...
tunggu dalam sejam lebih baru bukak.. proses ni paling kritikal dan penting
untuk menentukan samada taufufah anda mengeras atau tak.... untuk gdl
bertindak, ia memerlukan haba sebab tu elok buh dalam termos... kalau kita pi
pasar malam pon kita boleh tengok taukei taufufah dok cedok dalam termos besar
tu kan... ni la rahsianya...
5 5. Bila dah set, bolehla cedok dengan senduk dan
serve dengan gula hitam or merah....
Selamat mencuba dan semoga berjaya menghasilkan taufufah
sendiri....=)
Tuesday, 5 August 2014
Resepi Homemade Air Soya
As promised resepi air soya… Senang ja… as simple as abc…. Macam
buat jus buah cuma add extra step, kena masak bagi hilang mentah soya...
Bahan-bahan :
1. Kacang soya
2. Air paip
3. Gula secukup rasa
4. Sehelai daun pandan
5. 1 pek kecil creamer
6. 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Rendam kacang soya selama 4-6 jam... jangan rendam semalaman nanti soya akan berbuih, berlendir and berbau means ada bacteria reaction... kalau nak rendam semalaman jugak kena rajin tukar air rendaman...
2. After that, tapis soya tu dan blend dengan air... guna air paip ja cause nanti kita kena masak jugak.... macam yang saya cerita sebelum ni guna nisbah 1 soya dan 2 air... klik sini glucano-delta-lactone-gdl ...
3. Next, perah air soya tu... boleh guna kain kasa... saya guna penapis teh tarik tu ja... senang... hampas soya tu saya tambah air, blend dan perah sekali lagi... putih melepak dan bau mentah...
4. Kemudian masak perahan soya tadi, add sehelai daun pandan dicarik, gula secukup rasa dan sedikit garam lebih kurang setengah sudu teh untuk bagi umph sikit... rasa lebih lemak2 camtu.. gula saya buh siap2 senang... ikot suka minat gula putih or hitam... yang creamer tu optional, nak buh boleh, xboh pon xpa... nak bagi more creamy... saya buh 1 pek kecil creamer coffee mate...
5. Masak sampai mendidih.. jangan lupa kacau sekali-sekala... bila masak soya ni akn tukar kaler kekuningan sikit dan hilang bau dan rasa mentah... bila dah mendidih bolehla tutup api and serve hot or cold...
Selamat mencuba...=)
Hampas soya tu jangan buang... boleh buat baja kompos or masker... tak buang sesen pon...
Hampas soya tu jangan buang... boleh buat baja kompos or masker... tak buang sesen pon...
Monday, 4 August 2014
Glucano Delta Lactone (gdl)
Semenjak bulan puasa haritu, tengah dok pulon buat homemade soya dan taufu fah…
almaklumlah, bulan2 posa memang ramai
yang jual air soya dan taufu fah ni tapi mostly cair dan kurang sedap… yelakan
org nak buat beniaga… nak cut cost dan untung lebih jadi depa tambahlah air banyak2… yang buat
sendiri ni pon sebab teringin nak makan air soya pekat2...guess what!!! memang berbaloi buat sendiri... lebih pekat dan murah ja modal dia... saya buat untuk sekali makan sekeluarga dapatla satu jug besar dalam 4 L guna 200g soya...1 kg soya baru rm2.60.... boleh dapat air soya yang pekat dari yang biasa kita beli... nak pekat or cair depends on kuantiti air yang kita letak... nak pekat letak sikit air nak banyak tambah air tapi cairla... so terpulang pada citarasa masing-masing... saya guna nisbah 1 soya dan 2 air... means kalau guna 1kg soya letak 2liter air... resepi untuk air soya dan taufufah nanti saya letak cause sekarang saya nak cerita pasal glucano delta lactone iaitu salah satu bahan yang digunakan untuk membuat taufufah...
Masa cari resepi untuk buat taufu fah tu antara bahan-bahan yang diperlukan adalah glucano delta lactone atau shortform dia gdl. Bahan ni sebagai agen pengeras taufufah tu... selama ni dok igat pakai agar-agar ja... selain gdl ni benda lain yang boleh guna ialah serbuk sekko or nama lain dia gypsum powder... serbuk ni katanya boleh jumpa kat kedai ubat cina... tapi haritu saya pi tanya taukei kedai tu cakap depa tak juai serbuk tu... kiranya bukan semua kedai ubat cina jual serbuk ni la... cakap ja nak serbuk buat taufufah... melalui pembacaan, serbuk sekko ni sebenarnya merupakan bahan untuk membancuh simen pada tulang yang patah... tapi jangan risau, ianya selamat dimakan sebab ia merupakan sejenis mineral dan halal dimakan.... pastu, saya pi kedai kek tanya ada jual tak serbuk untuk buat taufufah... boss kedai tu cakap ada dan kata namanya glucano... patotla saya cari tak jumpa sebab saya cari gdl... tak tau pulak nama penuh dia glucano delta lactone... dalam resepi di blog tulis gdl ja...
Kalau nak tau lebih lanjut mengenai gdl klik sini Glucono delta-lactone dan sini Glucono-Delta-Lactone-GDL
Ni pulak mengenai serbuk sekko or gypsum powder. Klik sini Gypsum
Benda ni perlukan sedikit ja tau.. pakai sudu teh ja... kalau buh banyak nanti ada rasa pahit2... Just to share, moga bermanfaat....=)
Monday, 28 July 2014
Salam Lebaran 2014
Alhamdulillah, masih berpeluang menyambut 1 Syawal pada tahun ini bersama keluarga… Sekejap sajakan Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita…rasa macam baru semalam start berpuasa… tup2 dah nak raya…. Sayang dan sayu rasa nak tinggal Ramadhan bulan yang penuh keberkatan…. Moga amalan kita diterima dan dapat berjumpa lagi Ramadhan akan datang… Insyaallah..
Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin
mengucapkan,
Selamat Menyambut Hari Raya buat semua muslimin dan muslimat….
Maaf
Zahir Batin…;)
Saturday, 5 July 2014
7 Ramadhan 1435H
5 JULAI 2014
Syukur Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur. Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari sebelumnya...Fighting Afiqah!!!
A reminder for myself :
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara :
1.Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Kaya sebelum miskin
4.Lapang sebelum sempit
5.Hidup sebelum mati
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
(credit to raihan, demi masa)
Friday, 4 July 2014
Al-Munafiqun ; Ayat 9, 10
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Al-Munafiqun ; Ayat 9)
Apabila solat telah selesai dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.
(Al-Munafiqun ; Ayat 10)
Thursday, 3 July 2014
Al-'Ankabut ; Ayat 41
Perumpamaan orang yang meminta perlindungan selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.
(Al-'Ankabut ; Ayat 41)
Wednesday, 2 July 2014
Al-'Ankabut ; Ayat 20
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah akan menjadikan kejadian yang akhir. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".
(Al-'Ankabut ; Ayat 20)
Tuesday, 1 July 2014
Al-Kahfi ; Ayat 46
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.
(Al-Kahfi ; Ayat 46)
Monday, 30 June 2014
Al-Baqarah ; Ayat 261
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah ; Ayat 261)
Sunday, 29 June 2014
Al-Dzariyat ; Ayat 49
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah).
(Al-Dzariyat ; Ayat 49)
Saturday, 28 June 2014
1 Ramadhan 1435H
Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan merasai Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah PUASA...=)
Luqman ; Ayat 16
(Luqman berkata) : "Wahai anakku! Sesungguhnya, jika ada (sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Lagi Maha Teliti.
(Luqman ; Ayat 16)
Luqman ; Ayat 27
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimah-kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
(Luqman ; Ayat 27)
Al-Sajdah ; Ayat 4
Allah yang menciptakan langit dan bumi apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?
(Al-Sajdah ; Ayat 4)
Friday, 27 June 2014
Luqman ; Ayat 10
Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan Dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan) bumi agar ia (bumi) tidak menggoyangkan kamu; dan mengembangbiakkan segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.
(Luqman ; Ayat 10)
Thursday, 26 June 2014
Al-Isra" ; Ayat 78
Dirikanlah solat ketika gelincir matahari sampai gelapnya malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
(Al-Isra" ; Ayat 78)
Al-Isra" ; Ayat 44
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
(Al-Isra" ; Ayat 44)
Wednesday, 25 June 2014
Matahariku a.k.a. Sunflower
Alhamdulillah, memang dah lama ngidam nak tanam pokok bunga matahari. Akhirnya dapat jugak benih beli secara online di jualjualbenih. Kat sini macam-macam spesies bunga matahari ada, yang kaler merah, multi petal, giant sunflower, dwarf pon ada. Yang ni spesies bunga matahari yang bijinya boleh dimakan sebagai kuaci. Setelah nak dekat dua bulan menyemai sang matahari yang ditunggu bersinar jua.
Suka tengok corak geometry yang terdapat dekat seeds sunflower. Cantik sangat dan tersusun rapi. Kalau perhati betul-betul akan nampak yang warna kuning di kelopak bunganya bertone dari bright yellow to orange. Macam kaler sunset.
Tadaa !!! Ni dia Sunflower kembar siam. Satu besar, yang lagi satu kecil sikit. Memang tak sangka, akan dapat matahari yang macam ni.
Kalau nak tau, bunga matahari ni akan berkembang menghadap ke arah matahari. Sebab tu la kot, dia digelar bunga matahari selain warna dan corak fizikalnya yang iras matahari. Seronok tanam bunga matahari ini, bunganya sangat cantik dan warna kuningnya sangat ceria. Laman rumah pasti akan nampak berseri-seri dengan kehadiran sang matahari.
Matahari menyinari
Semua perasaan cinta
Tapi mengapa hanya aku yang dimarahi
(credit to ost crayon shinchan)
Degarlah matahariku suara tagisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu
(credit to Agnes Monica, Matahariku )
Tuesday, 24 June 2014
Luqman ; Ayat 31
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu belayar di laut dengan nikmat Allah, agar untuk diperlihatkanNya kepadamu sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran)Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran)Nya bagi setiap orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur.
(Luqman ; Ayat 31)
Monday, 23 June 2014
Al-An'am ; Ayat 99
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu bijian yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjuntai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) ketika ia masak. Sesungguhnya pada yang demikian iti ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.
(Al-An'am ; Ayat 99)
Sunday, 22 June 2014
Ghafir ; Ayat 13
Dialah yang memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan)Nya kepadamu dan menurunkan rezeki dari langit untukmu. Dan tidak lain yang mendapat pelajaran hanyalah orang yang kembali (kepada Allah).
(Ghafir ; Ayat 13)
Sunday, 12 January 2014
Gambar semaian benih sayur selepas 2 minggu
Alhamdulillah, benih-benih sayur yang disemai dua minggu lepas dah besar sikit. Antaranya pokok bendi baka buah lebat, kailan op, lobak putih kampung dan sawi menang. Semua benih ni dibeli secara online dari En. Iskandar empunya blog tanamsendiri.com.
Macam nilah rupanya anak pokok bendi. Daunnya lebar dan berbulu tajam kecil. Memang serangga perosak tak berani nak kacau, nak mai dekat pon tak mau. Bendi ni baka buah lebat. Harap-harap lebatla buahnya nanti. Nampak tak sabut kelapa yang ada kat sekeliling pokok tu. Tujuannya adalah untuk memastikan tanah sentiasa lembap, tak direct kena cahaya matahari, so kandungan air dalam tanah tak hilang dan dapat dikekalkan. Kaedah ini dipanggil sungkupan. Selain sabut kelapa, daun kering, ranting pokok dan sisa rumput juga boleh dijadikan bahan sungkup. Sungkupan ini juga menghalang rumput dari naik. Bagus kan, rumput tak naik, tanah pon lembap...
Yang atas ni pulak anak pokok kailan. Comelkan, daunnya berbentuk love. Sayur kailan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Selalunya buat kailan masak ikan masin, alacarte dengan siakap tiga rasa, telur dadar dan tomyam. Memang kombinasi yang gedebam gedebum mengancam. Taruk dalam nasi goreng pon sodap nih. Sayur ni baka op iaitu open pollinated atau pendebungaan terbuka. Kiranya kailan ni terhasil secara pendebungaan semulajadi tanpa melalui proses hibrid atau kacukan. Selama ni, ingatkan ada satu jenis ja sayur setiap spesies padahai setiap satu spesies sayur tu ada macam-macam jenis. Tengok blog tanamsendiri baru tau. Macam-macam jenis sayur ada.
Tadaa.... cuba teka ni anak pokok apa? Nilah, anak pokok lobak putih kampung. Sayur lobak putih dan kailan semasa baby mempunyai bentuk daun yang hampir sama iaitu berbentuk love. Perbezaan boleh dilihat dari daun dan batangnya berdasarkan kepekatan warna. Daun kailan mempunyai daun yang berwarna hijau tua manakala daun lobak putih berwarna hijau muda. Selain itu, batang kailan mempunyai warna coklat keungguan yang lebih pekat berbanding lobak putih.
Sawi menang tumbuh paling lambat, hampir seminggu. Bentuknya juga sama dengan kailan dan lobak putih tetapi saiznya sangat kecil, padanlah dengan saiz biji benihnya yang memang kecil sebesar scrubs granules. Batang dan daunnya kontot. Comel sangat tapi time nak pindah yang tak tahan tu, nak pegang pon susah. Need to pay more attention and extra careful. Hope all my babies membesar dengan kuat dan sihat walafiat.. AMIN....=)
Tarikh semaian benih
DISEMBER 2013
-tomato tesco
-bendi buah lebat
-kailan
-sawi
-terung panjang
-lobak putih
-kacang tanah peti
-pudina applemint tesco
JANUARI 2014
-matahari kuaci
-terung ulam
-selasih peti
-bendi buah lebat
-telang
menjadi
-bendi-rendam dlm air suam 4jam, kembang, cepat
-tomato-benih dikeringkan utk buang selaput, cepat
-lobak putih-cepat
-kailan- cepat
-sawi menang-lambat
-terung-lambat
-cili-lambat
ps :
cepat-kurang seminggu @ 3ari
lambat-lebih dari seminggu dua
tidak menjadi
-petola segi-tumbuh akar then cotyledon dimakan insect kecil, lama nak tumbuh
-buncis-benih lembik n hancur coz banyak air
-daun sup-benih amek masa lama nak tumbuh then sebelum sempat tumbuh kena makan insect kecil
-kacang tanah- benih yg beli tumbuh, benih dalam peti berkulat dan lembik
medium semai
-tanah cap wawasan-sangat ringan, berudara, terdiri dari sabut
-tanah lain or tanah campur tak tumbuh coz berat, benih tak larat nak tolak
-tomato tesco
-bendi buah lebat
-kailan
-sawi
-terung panjang
-lobak putih
-kacang tanah peti
-pudina applemint tesco
JANUARI 2014
-matahari kuaci
-terung ulam
-selasih peti
-bendi buah lebat
-telang
menjadi
-bendi-rendam dlm air suam 4jam, kembang, cepat
-tomato-benih dikeringkan utk buang selaput, cepat
-lobak putih-cepat
-kailan- cepat
-sawi menang-lambat
-terung-lambat
-cili-lambat
ps :
cepat-kurang seminggu @ 3ari
lambat-lebih dari seminggu dua
tidak menjadi
-petola segi-tumbuh akar then cotyledon dimakan insect kecil, lama nak tumbuh
-buncis-benih lembik n hancur coz banyak air
-daun sup-benih amek masa lama nak tumbuh then sebelum sempat tumbuh kena makan insect kecil
-kacang tanah- benih yg beli tumbuh, benih dalam peti berkulat dan lembik
medium semai
-tanah cap wawasan-sangat ringan, berudara, terdiri dari sabut
-tanah lain or tanah campur tak tumbuh coz berat, benih tak larat nak tolak
Subscribe to:
Posts (Atom)